BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah

Disember ini, kami akan adakan Majelis. Kenalan kami, Wanita ABC adalah representative yang urus akomodasi dan makanan. Dibawah jagaannya ada satu chat group yang mana 50-60 orang dalam group itu yang akan hadir Majelis Disember ini. Deposit akomodasi telah dibayar kepada beberapa akomodasi. Baru baru ini, wanita itu telah bubarkan group chat itu dengan mendadak tanpa handover pada orang lain. Wanita itu sepertinya telah menghilangkan/mendiamkan diri.

Soalan kami

1) Apakah hukum bagi wanita yang tidak amanah itu? 

2) Andai dia disuruh suaminya melakukan perbuatan negatif itu, apakah dia perlu taat melakukannya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1) Amanah wajib ditunaikan. Tidak menunaikan amanah yang diberikan adalah salah satu daripada tanda-tanda orang munafik. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Bermaksud: Ciri-ciri orang munafik itu tiga. Apabila dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkiri janji dan apabila dia diberikan amanah dia mengkhinatinya. (Riwayat Al-Bukhari).

Seseorang yang diberi amanah tidak sepatutnya mendiamkan diri atau menghilangkan diri. Sebaliknya dia perlu menerangkan kedudukan yang sebenarnya.

2) Terdapat hadis daripada Saidina Ali RA yang membawa maksud dilarang mentaati arahan yang membawa maksiat kepada Allah.

 لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: Tiada ketaatan kepada makhluk pada melakukan perkara maksiat kepada  Allah Azza Wajalla. (Riwayat Ahmad)

Kesimpulannya, seorang muslim tidak boleh menuruti arahan yang bercanggah dengan suruhan agama kerana suruhan agama adalah suruhan yang wajib diutamakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 47

message user image