BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum YBhg Ustaz /Ustazah

Mohon maaf pertanyaan saya ringkas

Adakah hubungan terputus dengan anak tiri setelah kematian suami

dari segi tanggungjawab dan sebagainya, 

darisegi hukum halal haram kita menjaga anak tiri tersebut

terima kasih 

 

menimba ilmu


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, apabila seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki duda yang memiliki anak lelaki dari perkahwinan yang terdahulu, maka anak lelaki itu menjadi anak tiri kepada wanita tersebut. Hubungan anak lelaki tiri dan wanita tersebut menjadi mahram muabbad (tidak boleh berkahwin selama-lamanya) dengan sebab berlakunya akad nikah yang sah antara dia dengan bapa anak itu. Hubungan mereka seperti ibu dan anak kandung dari segi aurat dan keharusan bersalaman, dan hubungan ini akan kekal walaupun selepas kematian atau berlaku penceraian di antara dia dan bapa anak lelaki itu. Walau bagaimanapun, dari segi harta pusaka, mereka tidak mewarisi antara satu sama lain. Namun mereka boleh menerima wasiat.

Manakala dari segi tanggungjawab nafkah kepada anak tiri, dari segi syarak, ia tidak dibebankan kepada ibu tiri. Sekiranya anak tiri tersebut mewarisi harta, maka nafkahnya diambil dari harta tersebut. Seandainya tiada, maka tanggungjawab tersebut terletak ke atas waris pihak bapa seperti datuk sekiranya mereka berkemampuan. Seandainya ibu tiri tersebut ingin membantu anak tiri itu, maka ia merupakan ihsan yang sangat dituntut di dalam Islam.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 48

message user image