BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ADAKAH DOSA BESAR ISTERI TERHADAP SUAMI DIAMPUNKAN ALLAH JIKA IANYA DIAMPUNKAN SUAMI? ATAU HANYA DIAMPUNKAN DI BAHAGIAN SUAMI SAHAJA

 

Assalammualaikum.

Saya seorang suami kepada isteri saya dan kami telah berkahwin selama hampir 3 tahun. Selama kami berkahwin, saya tidak pernah sekali pun dapat bersama dengan isteri saya kerana isteri tak bagi sentuh tubuhnya. Setelah banyak kali disuarakan,bergaduh dll berkenaan perkara ini tetapi masih juga sama,saya memilih untuk diam dan memendam. Kini saya tidak lagi berani menyentuh badan isteri saya kerana saya takut dimarahi dan bergaduh dengan isteri.

Saya tahu ini adalah satu dosa besar untuk isteri saya. Saya sayangkan masjid yang dibina dan memilih untuk mengalah tetapi saya khuatir jika tindakan saya ini hanya akan membuatkan dosa isteri saya semakin banyak dan besar saban tahun berkenaan isu ini kerana saya akan terus berulang kali memendam bab ini. Isteri saya dalam bab lain,cukup baik cuma bab ini sahaja yang ada isu.

Saya ingin bertanya,sekiranya saya suaminya memaafkan isteri saya atas perkara ini, adakah dengan Allah,isteri saya tetap ada bahagian dosa antara dia dan Allah tentang perkara ini?

*Saya mohon soalan ini dirahsiakan dari bank soalan juga.Saya perlu menjaga aib isteri dan rumah tangga saya.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seandainya suami benar-benar ikhlas dan redha dengan sepenuh hati tanpa ada rasa kekesalan terhadap apa yang berlaku, maka tiada lagi tuntutan daripada hak Allah SWT atau berdosa. Namun jika keredhaan itu, suami rasa tertekan dan memendam perasaan, dibimbangi masih terdapat tuntutan daripada Allah SWT dalam perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image