BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya menetap di Port Dickson dan bekerja pejabat di SS15 Subang jaya, hari-hari saya ulang alik (isnin hinga jumaat) dengan menaiki motor, masa perjalanan mengambil masa sejam 30mins, soalan saya, adakah saya layak untuk jamak & qasar sepanjang saya berada di pejabat (isnin-jumaat)?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara syarat kebenaran mengambil rukhsah (keringanan) bagi solat jamak dan qasar mestilah musafir bukan mukim ataupun mastautin di suatu tempat. Selain itu, mestilah permusafiran tersebut tidak kurang daripada dua marhalah (81 kilometer). Walaupun begitu, digalakkan untuk melebihkan jarak perjalanan sehingga 3 marhalah. Justeru, mengikut situasi yang tuan tanyakan adalah diharuskan kepada tuan untuk melakukan solat fardu secara jamak dan qasar (memendekkan solat) sepanjang tuan berada di pejabat di SS15 Subang Jaya sekiranya telah mencapai dua marhalah disamping tempat kerja tersebut bukan mukim (menetap) lebih daripada 3 hari (tidak termasuk hari sampai dan hari pulang) tuan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image