Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum bagi seorang suami yang isterinya bekerja tanpa redha suami? suami memberi keizinan dalam terpaksa kerana tak mahu isteri merajuk. Apakah hukumnya juga bagi rezeki tersebut, adakah halal atau haram? Si isteri bekerja dalam keadaan terpaksa membuka aurat kerana kehendak tempat bekerja tersebut. Suami telah melarang tetapi si isteri menjawab jika suami sudah menegur tetapi isteri tetap berdegil maka tanggungjawab suami sudah dilunaskan. Harap dapat membantu saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, sebaiknya perkara ini dibincangkan bersama supaya isteri dapat keizinan suami untuk bekerja bagi menampung keperluan membangunkan keluarga dalam rumahtangga. Pendapatan isteri dan pekerjaannya adalah halal. Membuka aurat adalah haram. Tanggungjawab suami telah ditunaikan dan usaha perlu terus dilakukan agar isteri dapat mentaati perintah agama. Berusahalah untuk mencari pekerjaan yang tidak menghalang dari mematuhi perintah Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.