Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Satu kemusykilan berkaitan dengan solat jamak. Situasi saya ialah saya bermukim di langkawi ( bekerja di langkawi ). Isteri dan anak saya tinggal di Ipoh ( rumah sewa ). Watan asli saya ialah Terengganu kerana saya berasal dari Terengganu dan berniat akan pulang berkhidmat di Negeri asal saya satu hari nanti. Manakala Isteri saya pula berasal dari Pahang dan berniat untuk pulang berkhidmat di Terengganu juga kerana saya telah memiliki rumah di Terengganu. Jadi, pada setiap hujung minggu saya akan pulang ke Ipoh untuk bersama isteri dan anak anak saya. Bolehkah saya jamak dan qasar sewaktu saya berada di Ipoh kerana saya berada di Ipoh tidak lebih daripada 3 hari iaitu saya pulang pada Khamis dan kembali semula ke Ipoh pada Sabtu.
Soalan kedua, bagaimana dengan status solat Jumaat saya ? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, untuk maklumat tuan, istilah yang perlu difahami adalah mastautin, musafir dan mukim.
1. Mastautin: Seseorang yang bermastautin merujuk kepada mereka yang tinggal menetap di suatu tempat dan tidak berhasrat untuk berpindah ke tempat lain.
2. Musafir: Seseorang yang bermusafir adalah mereka yang tinggal di suatu tempat tidak melebihi 3 hari tidak termasuk hari tiba dan hari pulang dan jarak di antara tempat tersebut dan tempat tinggal mereka melebihi 81 KM.
3. Mukim: Seseorang yang bermukim adalah merujuk kepada mereka yang tinggal di suatu tempat melebihi tempoh musafir.
Hal ini sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Manhaj al-Qawim bi Syarh Muqaddimah al-Hadramiah bahawa:
Maksudnya: Orang yang tidak bermastautin ialah seseorang yang bermukim pada satu tempat dengan berazam untuk pulang semula ke kota asalnya selepas suatu tempoh, walaupun selepas tempoh yang lama.
Justeru, menurut definisi yang lalu sekiranya tuan sekarang menyewa di Langkawi sebagai tempat kerja, maka Langkawi adalah tempat mukim tuan. Begitu juga, rumah sewa di Ipoh dikira sebagai tempat bermukim tuan sekiranya tuan berada di Ipoh tidak lebih daripada 3 hari termasuk hari sampai dan balik. Oleh itu jika tuan pulang ke Ipoh maka diharuskan tuan untuk solat secara jamak dan qasar sepanjang perjalanan dan ketika di Ipoh memandangkan Ipoh dikira sebagai tempat musafir kerana tuan tinggal tidak melebihi 3 hari.
Adapun solan yang kedua, solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut :
Sekiranya seseorang itu telah cukup ketujuh-tujuh syarat ini, maka diwajibkan solat Jumaat ke atas dirinya. Justeru, sekiranya tuan dikira sebagai orang yang bermukim maka diwajibkan ke atas tuan melaksanakan solat Jumaat.
Sekian, terima kasih.