Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum
saya ada penyakit kulit sensitif, yang mana banyak nanah naik di badan saya, seperti di lengan, belakang badan, leher dan etc. kadang kadang, sudah mandi, saya terlupa pasal nanah di badan, dan terus lap seluruh badan dengan kain tuala sehingga pecah nanah di badan. dah keluar tandas dan masuk dalam bilik saya baru saya perasan yang nanah dah pecah dan kena kain tuala saya.
1. Adakah kain tuala dan badan saya dikira najis dan perlu dibasuh semula ?
2. Berkenaan tuala tersebut, sekiranya tidak dikira najis atau dimaafkan dan tak perlu dibasuh, apakah saya boleh basuh dengan pakaian lain dalam mesin basuh (basuhan ini bukan disebabkan oleh nanah tadi, tapi basuhan sebab dah lama guna) ? maksud saya, adakah pakaian yang terkena najis yang dimaafkan boleh dibasuh seolah olah pakaian tersebut tidak terkena najis langsung (bbercampur dengan pakaian lain) atau pakaian tersebut masih perlu dibasuh asing ?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
Hanya bahagian yang terdapat kesan darah atau nanah tersebut sahaja yang perlu dicuci. Memadai sekadar mengalirkan air dan menggosoknya sehingga hilang rasa, bau atau warna. Adapun badan tidak dikira najis melainkan terdapat secara jelas ain najis yang melekat.
Sebaiknya pakaian yang terkena darah atau nanah, meskipun dalam kuantiti yang sangat sedikit, dicuci terlebih dahulu pada bahagian yang terkena sebelum dimasukkan dan dibasuh bersama pakaian kotor yang lain. Namun demikian, jika pakaian tersebut telah dibasuh bersama tanpa mencuci bahagian yang terkena najis yang sedikit tersebut terlebih dahulu, maka ia dimaafkan.
Sekian, terima kasih.