BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin tanya tentang menelan sisa makanan ketika solat.

Semasa saya solat Asar di surau, saya menelan air liur saya dan tiba-tiba berasa gatal akibat ada sisa makanan kecil yang saya tidak sedar ada bersama air liur tersebut. Saya tidak menelan sisa itu dan ia tersangkut di tengah tekak saya. 

Kemudian, saya ingin baca al-Fatihah pada rakaat seterusnya dan sisa yang tersangkut tersebut berasa sangat gatal dan saya tidak boleh baca al-Fatihah dengan sempurna. Kemudian, saya terpaksa telan sisa tersebut, dan saya kemudian rasa ragu bahawa solat sah atau tidak sehingga hampir keluar solat. Saya tetap sambung solat sehingga habis.

Adakah solat saya sah atau perlu diulangi?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara perkara yang membatalkan solat adalah makan dan minum ketika mengerjakan solat. Sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, makan dan minum merupakan perkara yang ditegah di dalam solat. Oleh itu, sekiranya seseorang makan dengan sengaja ketika sedang bersembahyang maka batallah solatnya sama ada banyak atau sedikit. Namun begitu, terdapat pandangan yang menyatakan keadaan yang tidak membatalkan solat sekiranya sisa makanan susah untuk dibezakannya dan tertelan dengan tidak sengaja disebab kesukaran menghalangnya di samping kuantiti sisa tersebut tidak banyak mengikut anggapan umum. Selain itu, cara yang terbaik adalah membuangnya ketika sembahyang dengan meludah atau membuang sisa makanan itu pada pakaian, tisu atau selendang sekiranya di dalam Masjid. Sekiranya melakukan solat selain daripada masjid seperti di rumah, maka dibolehkan untuk meludah ke lantai sebelah kiri atau di bawah kakinya seperti yang diberitahu Baginda SAW.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image