Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada membaca buku panduan tatacara solat dhuha dan mendapati terlalu banyak kaedah serta bacaan yang berlainan. Boleh kah berikan saya panduan yang paling terbaik untuk diamalkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, cara yang afdhal melakukan solat dhuha ialah dengan memisahkan setiap dua rakaat, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Hani’ RA katanya : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى يوم الفتح سبحة الضحى ثمانى ركعات يسلم من كل ركعتين Maksudnya : “Rasulullah SAW bersolat dhuha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali selesai dua rakaat” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.