BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Ustaz.

Saya ada terbatal puasa bulan Ramadhan tahun ini kerana persetubuhan. Kalau saya tidak igt berapa bilangan hari dan beras yang dimakan ketika puasa tersebut, bagaimanakah kiraan bayaran kafarah?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Kaffarah diwajibkan ke atas seseorang yang membatalkan puasanya kerana persetubuhan di siang hari Ramadhan. Oleh kerana tuan tidak mengingati bilangan harinya secara tepat maka tuan dibolehkan menganggarkan jumlah hari berdasarkan sangkaan yang paling kuat (Ghalabat al-Dzan) iaitu jika yakin ia berlaku antara dua atau tiga kali, maka ambillah kiraan tiga kali sebagai langkah lebih berhati-hati. Di samping itu, kiraan pembayaran kaffarah adalah dihitung sebagai satu kafarah bagi setiap kali persetubuhan yang membatalkan puasa. 

Memandangkan hamba tidak lagi wujud pada zaman ini, maka tiada kaffarah dengan cara membebaskan hamba. Tuan perlu mencuba dahulu untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut bagi setiap satu kesalahan seandainya mempunyai kemampuan untuk melakukannya. Seandainya tidak mampu melakukannya setelah mencuba, maka diharuskan untuk membayar kaffarah dengan memberi makan kepada 60 orang miskin bagi setiap satu kesalahan yang dilakukan. Seandainya kaffarah telah ditunaikan maka tuan tetap wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Maklumat lanjut mengenai kaffarah (persetubuhan) serta bayaran secara atas talian ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) boleh dilakukan di laman sesawang:

https://www.mais.gov.my/kaffarah/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image