BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya melakukan onani. Kemudian saya mandi wajib. Selepas mandi wajib, saya dapati keluar lendir yang tiada warna, dan sifatnya melekit serta tiada bau. Apakah lendir tersebut mani atau mazi? Jika ianya mani, adakah saya perlu ulang mandi semula?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada ciri-ciri yang saudara sebutkan:

  • Tiada warna

  • Tidak berbau

  • Bersifat lendir/pelekit

  • Keluar selepas mandi, bukan keluar dengan rasa nikmat yang memuncak

Oleh itu, ianya lebih kuat kepada mazi atau lebihan air mazi, bukan mani. Sehubungan itu, tidak perlu mandi semula cukup sekadar dibasuh sahaja kawasan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image