BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya betul2 musykil. ada yang mengatakan deodorant tidak boleh di pakai semasa berniat ihram kerana ia termasuk dalam larangan untuk berwangi-wangian. bagaimanapun sekarang sudah ada keluaran product muslim, deodorant halal yang tiada pewangi. pengeluar product juga memberi kenyataan bahawa boleh dipakai deodorant tersebut semasa berniat ihram. persoalannya adakah boleh memakai deodorant yang tanpa pewangi tersebut? saya teringin membeli dan memakai semasa umrah nanti. tapi dikuatiri adalah tidak boleh. hati saya amat tidak tenteram. mohon penjelasan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Penggunaan sesuatu yang dinggap sebagai pewangi dengan tujuan berwangi-wangian walaupun baunya kuat atau tidak secara umumnya adalah tidak dibolehkan ketika ihram. Ini kerana memakai wangi-wangian termasuk dalam perkara yang haram dilakukan ketika seseorang berada dalam ihram. Berdasarkan persoalan yang diajukan, penggunaan deodorant yang tiada pewangi adalah diharuskan ketika ihram kerana tidak termasuk dalam kategori wangian yang mana boleh dikenakan dam jika dipakai oleh seseorang yang berada ihram.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image