BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Minta maaf atas soalan ni.  

Mengikut pemahaman saya, pesakit “amputation”, tidak perlu bagi mereka untuk membasuh bahagian “stump” mereka sebagai memenuhi syarat sah untuk berwudhu. 

 

Boleh kah saya bertanya bagi individu yang melalui pembedahan “rotationplasty” di mana kaki (termasuk pergelangan kaki) mereka menggantikan/diolah untuk menjadi bahagian lutut:

-adakah bahagian kaki itu turut menajdi aurat (setelah menjadi pengganti lutut)?

-keperluan wudhu untuk bahagian kaki yang bertukar fungsi jadi lutut?

 

Terima kasih jika soalan ini dijawab. 

Semoga dipermudahkan semua urusan jabatan mufti. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan bahawa:

1) Bahagian kaki yang menjadi pengganti lutut (lutut yang telah dihapuskan akibat pembedahan rotationplasty) adalah dihukum bukan aurat kerana ia mengikut hukum asal bagi kaki. Menurut mazhab Shafií, aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut sahaja.

2) Bahagian kaki yang menjadi pengganti lutut tetap dikira sebagai kaki yang merupakan anggota wajib wuduk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

Oleh itu, wajib membasuh kaki yang menjadi pengganti lutut kerana ia dihukumkan mengikut asal kejadian anggota, bukan mengikut lokasi selepas pembedahan. 

Terdapat kaedah fiqh iaitu:

 اْلأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah tetap dalam keadaannya semula.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image