BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan.

Bolehkah lelaki/ wanita melakukan solat lengkap dalam keadaan hadas besar (haid bg wanita) dengan niat "belajar", bukan ibadat sebenar? Anak saya dalam keadaan haid diminta oleh gurunya untuk melakukan amali solat lengkap & membaca al quran untuk pemarkahan UPKK 2025. 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum melakukan demontrasi solat lengkap dalam keadaan hadas besar (haid) dengan niat belajar, adalah diharuskan selama tidak membaca ayat al-Quran. Sekiranya perkara itu melibatkan pembacaan al-Quran sebagai ujian atau peperiksaan, maka sebaiknya ditangguhkan pada hari yang lain. Namun sekiranya penangguhan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau menyebabkan masyaqqah (kepayahan), maka ia diharuskan sekadar keperluan itu sahaja. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image