BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Suatu hari saya bergaduh dgn suami. Sekarang saya sedang hamil usia 4 bulan. Suami cakap, dia akan ceraikan saya tp bukan sekarang sbb saya sedang hamil. Suami rasa sudah tidak boleh bertahan dengan rumahtangga ini lagi sebab hati dia rasa kosong dan dia merasakan perkahwinan kami sangat tak sihat/toksik kerana kami kerap bergadug tentang hal yang sama iaitu soal kepercayaan. Suami cakap dia bertahan selama ni kerana anak semata. Dia balik ke rumah, dah mula tak rasa seronok. Saya mmg nampak perubahan suami sejak sebulan yg lalu hingga sekarang. Suami memang tidak ada ajak bersama lagi, banyak habiskan masa dengan kerja dan telefon. Jadi saya rasa hati dia memang betul terasa kosong terhadap saya.

Dalam keadaan bergaduh, saya ugut suami dan paksa dia untuk ceraikan saya. Suami dlm keadaan marah cakap "Puteri Diana Binti Salleh, aku AKAN ceraikan kau dgn talak 1 lepas kau bersalin”.

Jadi saya nak tanya, adakah lafaz cerai itu jatuh/sah selepas saya bersalin? Dan kami perlu ke mahkamah untuk buat pengesahan cerai?

 

terima kasih Tuan..


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: "Puteri Diana Binti Salleh, aku AKAN ceraikan kau dgn talak 1 lepas kau bersalin” merupakan suatu perkhabaran hasrat suami yang akan menceraikan isteri dengan talak satu apabila isteri bersalin. Ini bermakna selepas isteri bersalin dan suami ingin meneruskan hasrat untuk menceraikan isteri, maka suami perlu mengucapkan lafaz talak kepada isteri.

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, puan boleh menghubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 49

message user image