BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Perlukah kita membayar zakat bagi penjualan harta yang masih dalam tanggungan hutang? contohnya: rumah


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perlu bayar zakat bagi penjualan harta yang masih dalam tanggungan hutang seperti rumah jika cukup syarat-syaratnya. Hasil daripada jualan rumah tersebut perlu diselesaikan hutangnya terlebih dahulu. Baki yang ada setelah selesai urusan hutang perlu dizakatkan sekiranya melebihi daripada kadar nisab iaitu sebanyak RM13,490.00 yang mana kadar tersebut berdasarkan nisab zakat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi tahun 2019. Rujukan maklumat nisab zakat : https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas-dan-perak/ والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image