Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya Khamis sebelum Zohor saya ada main playdough dengan budak. Semasa ambil wuduk saya dah check yang tiada sisa playdough di celah kuku. Keesokan harinya, selepas Isyak, saya potong kuku. Dan perasan ada sedikit playdough dibahagian bawah sekali kuku putih berdekatan dengan kulit. Adakah itu dikira sah sebab kotoran sedikit ataupun perlukah saya ganti semula kesemua solat saya dari Zohor semalam?
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Secara asasnya, menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk memastikan tiada bahan yang boleh menghalang air dari mengenai kulit semasa berwuduk. Sekiranya usaha telah dilakukan untuk menghilangkan playdough tersebut telah dibuat, dan puan menyangkakan telah hlang sepenuhnya. Namun didapati masih ada yang tertinggal dalam jumlah yang sedikit atau kecil. Maka ia adalah dimaafkan. Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Bajuri di dalam Hasyiahnya seperti berikut:
Maksudnya: Ibn Qasim berkata: (Dan wajib menghilangkan apa yang berada di bawahnya) iaitu di bawah kuku. Kemudian Ibn Qasim berkata: (daripada kotoran) adalah penjelasan bagi apa yang berada di bawahnya. Dimaafkan kotoran yang sedikit bagi orang yang diuji dengannya. Dan pada sisi kami terdapat satu pendapat bahawa ia dimaafkan secara mutlak.
Justeru berdasarkan kenyataan ini, puan tidak perlu mengulangi solat-solat yang telah ditunaikan.
Sekian, terima kasih.