BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin meminta penjelasan tentang satu situasi.

 

Saya tidak perasan bahawa saya telah terpijak seekor serangga, dan hanya menyedarinya apabila melihat ada bangkai serangga yang sedikit hancur pada kaki saya. Saya tidak pasti bila saya terpijak serangga itu, dan tidak pasti sama ada ada darahnya yang terkena lantai.

 

Saya telah memeriksa seluruh kawasan rumah yang saya lalui, tetapi saya tidak nampak apa-apa kesan darah atau najis pada lantai. Yang jelas hanya ada sedikit kesan pada kaki saya, dan saya telah membasuh kaki selepas menyedarinya.

 

Soalan saya:

 

  1. Adakah saya perlu mencuci seluruh laluan yang saya berjalan sebelum sedar bahawa kaki saya terkena bangkai serangga?
  2. Adakah darah serangga yang sedikit dan telah hancur itu dianggap menajiskan lantai?
  3. Sekiranya tiada kesan apa-apa pada lantai, adakah lantai itu tetap dikira suci dan sah digunakan untuk solat?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu perkara dihukumkan atas dasar yakin dan jelas. Jika yakin dan jelas wujud darah serangga, barulah dituntut untuk hanya membersihkan bahagian yang terkena. Jika tidak mendapati sebarang kesan darah setelah berusaha mengesannya, laluan yang dilalui dan lantai dihukumkan suci dan sah dijadikan tempat solat. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image