BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Sahibus Samahah... Dalam satu program, setiap orang perlu bawa 5 biji buah epal, kemudian dikumpulkan semua epal tersebut di atas meja,, kemudian ada soal jawab, kuiz, latihan aktiviti seperti siapa yang wallpaper fon gmbr pasangan, mesej pasangan dan sebagainya,, kemudian mereka akan diberikan hadiah epal yg telah dikumpulkan pada permulaan program tadi.. ada peserta yang dapat bnyk epal melebihi 5 dan ada yang dapat sedikit yakni kurang daripada 5.. jadi adakah ini dikira judi atau tidak?.. mohon penjelasan.. jzkk


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، والْحَرَامَ بَيِّنٌ

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan, perincian yang dinyatakan, program ini tidak dikira judi, kerana:

  • Tidak bergantung kepada nasib semata-mata
  • Berasaskan aktiviti & kemahiran
  • Tiada keuntungan peribadi atau komersial
  • Tujuan pendidikan / pengisian program
  • Aktiviti berkumpulan dengan sistem ganjaran (reward-based activity)

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 59

message user image