Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASM Tuan.
Isteri saya telah disahkan olih Doktor Pakar Sakit Puan mempunyai satu ketembuhan(cyst) disebelah kanan ovary nya.Doktor menasihatkan supaya pembedahan dibuat utk mengeluarkan cyst ini.Ujian darah menunjukkan tiada kemungkinan cyst ini jenis cancer. Option yang diberi adalah buang cyst itu sahaja atau buang kesmua ovary dan rahim(uterus) nya sekali jika takut ketumbuhan itu berulang.Apa hukumnya dalam Islam jika option mebuang kesemua rahim itu dibuat?
Jawapan
Menjawab persoalan yang diajukan, berkenaan dengan isteri yang mempunyai ketumbuhan (cyst) pada ovari dan pilihan pembedahan sama ada membuang cyst sahaja atau membuang keseluruhan ovari dan rahim;
1. Dibenarkan (harus) membuang cyst sahaja kerana ia merupakan rawatan yang perlu untuk menghilangkan mudarat tanpa menjejaskan fungsi utama rahim dan ovari.
Ini selaras dengan kaedah fiqh: الضرر يزال (mudarat mestilah dihilangkan) dan الضرورات تقدر بقدرها (keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya).
2. Bagi membuang keseluruhan ovari dan rahim, dibenarkan (harus atau dibolehkan) jika doktor pakar mengesahkan bahawa:
Risiko cyst berulang adalah tinggi atau boleh membahayakan nyawa atau kesihatan jangka panjang, ataupun tiada alternatif rawatan yang lebih ringan atau selamat.
Pilihan terbaik adalah mengutamakan rawatan paling minimum yang menghilangkan mudarat. Tuan/puan disyorkan mendapatkan pendapat kedua daripada pakar sakit puan bagi memastikan keputusan dibuat adalah tepat dan selamat.
Sekian, terima kasih