Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti, saya ingin bertanyakan soalan tentang najis. Jika saya ditandas dan kencing lalu saya bersihkan tetapi bila keluar saya bau kaki saya, kaki saya bau hanyir seperti air kencing. Apakah ia najis walaupun saya yakin tidak kena pada mana2 anggota badan dan apakah boleh untuk saya menggangap itu bukan bau hanyir air kencing melainkan bau lain saat ditandas?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu perkara dihukumkan berdasarkan keyakinan dan kejelasan. Bau hanyir tersebut hanyalah kesan daripada lantai tandas yang sering dilalui dan digunakan oleh orang ramai dan bukannya bau air kencing yang dapat dipastikan. Dalam situasi ini, selagi tidak terdapat bukti yang jelas bahawa kaki atau pakaian terkena air kencing, maka perkara tersebut hendaklah diabaikan.
Sekian, terima kasih.