Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato' Seri/Dato'/Tuan/Puan. Umumnya menjampi air bagi tujuan merawat sakit dan penyakit terdapat di dalam sirah nabi dan para sahabat. Namun apakah hukumnya jampi air menggunakan ayat suci al-Quran untuk menangani masalah anak kurang cemerlang dan anak nakal? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, harus menggunakan air yang dibacakan ayat al-Quran sebagai usaha untuk menangani masalah anak. Namun sebagai umat Islam mempercayai sepenuhnya kepada air tersebut adalah haram, kerana segala kebaikan dan kemudharatan adalah semata-mata dengan keizinan daripada Allah SWT. Perlu diusahakan juga pendidikan yang berkualiti dan berkesan (rujuk kitab Tarbiyatul Aulad). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.