BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, 

Saya sebagai pemandu grab telah mengambil customer non muslim dirumah nya yang ada anjing di bahagian garaj.Pada ketika itu keadaan tengah hujan dan customer itu bawa 1 bagasi. Roda bagasi telah basah terkena air hujan di atas jalan. Perlu kah saya sertu ruang bonet saya sedangkan saya sendiri tidak nampak adakah roda bagasi itu sudah terkena sebarang najis / air liur anjing yang berada di dalam garaj tersebut kerana saya tunggu di bonet kereta dan pintu pagar nya tertutup rapat..Setahu saya keyakinan tidak hilang dengan syak dan saya tidak sertu ruang bonet saya..Mohon pencerahan dari pihak ustaz..Terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, sesuatu itu dianggap suci selagi tidak ada bukti yang jelas ianya bernajis atau terkena najis. Jika anda hanya ragu-ragu tanpa kepastian, maka kawasan tersebut dianggap suci dan tidak perlu untuk  melakukan sertu. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu itu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu sertu. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.

Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya tidak dapat dipastikan atau diyakini bahawa beg tersebut terkena najis atau ada padanya najis, maka beg bagasi adalah kekal suci daripada najis. Ruang bonet tidak perlu disertu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.L 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image