BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mohon pencerahan dan mohon bantuan dengan masalah yang saya hadapi sekarang ini. Saya sudah lebih kurang 4 tahun berkhawin dgn seorang duda anak 2.. Hasil perkhawinan kami, saya dikurniakan seorang anak syurga berusia 2 tahun. Disamping itu, saya juga ada anak saya 3 org hasil dr perkhawinan saya yang lepas.. Sehingga harini, kesemua anak2 ini dibawah tanggungjawab saya. Anak tiri saya, pada awalnya hanya ingin menetap sementara saja dgn kami krn mak mereka baru mahu membina kehidupan yg baru. Jd saya dengan rela hati, membenarkan mereka utk menetap dengan saya sementara tp sekarang sudah hampir 3 tahun lebih mereka menetap dirumah saya. Masalah saya skrg, dengan anak syurga dan anak2 saya yg sy jaga, saya sudah tak mampu untuk membiayai anak2 tiri saya lg.. Suami saya tidak bekerja dan semua keperluan rumah dibiayai oleh saya. Saya sudah beberapa kali berbincang dgn suami utk menyerahkan tanggungjawab anak2 tiri itu kepada mak mereka semua tp ditolak mentah2 oleh suami saya. Kini, saya ada juga suarakan memberitahu yang saya sudah btl2 tidak boleh lg nk menyara mereka dan meminta suami utk berbincang dgn bekas isterinya untuk sama2 menyumbang atau mengeluarkan belanja buat anak2 mereka tp dibentak oleh suami atas alasan itu bukan keluarga. Saya menjadi keliru knp tidak boleh meminta ibu mereka menyara anak2nya dan perlu bebankan saya dgn masalah mereka. Jadi disini, saya mohon pencerahan dan bantuan pihal tuan puan utk memberikan saya sedikit pendapat bagaimana utk saya tangani masalah saya ini. Saya betul2 sudah tidak mampu lg.. Krn sy juga menyara ibu saya yg sudah uzur.. Apa tindakan yang bole saya ambil keatas suami yg culas dgn tanggungjawab nya.

 

Terima kasih. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, orang yang wajib menyara anak-anak tiri puan adalah bapa kandung mereka, bukan tanggungjawab ibu tiri. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 233 : 

عَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوف 

Yang maksudnya : Dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dan anak-anaknya dengan cara yang makruf.

Dalam ayat ini jelas menunjukan bahawa suami atau bapa wajib menyara anak-anaknya sendiri. Menyuruh puan menanggung semua kos anak tiri selama 3 tahun tanpa kerelaan dan kemampuan adalah perkara yang salah menurut syarak.

Oleh yang demikian, dalam mendepani permasalahan ini, puan mungkin boleh melibatkan pihak ketiga yang berautoriti iaitu mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah atau mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang berkaitan bagi memfailkan aduan suami culas menbayar nafkah dan bagi menjalankan rundingcara atau perbincangan bersama berkaitan isu nafkah ini. Ini kerana puan berhak dan ada hak dari sudut undang-undang untuk mempertahankan diri daripada dipaksa melakukan sesuatu yang bukan menjadi tanggungjawab puan.  

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image