Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya berusia 50 tahun dan berada dalam fasa peri menopos. Kitaran haid mula terganggu. Tempoh suci menjadi 13 atau 14 hari. Tapi tempoh haid masih normal. Walaupun tempoh suci kurang 15hari, bolehkah saya dengan yakin menyatakan yg saya mmg berada dalam haid dengan kitaran yg baru disebabkan pri-menopos.
Jawapan
Secara asasnya, sekurang-kurang tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari 15 malam dan sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Merujuk kepada persoalan, tempoh suci yang hanya 13 atau 14 hari merupakan tempoh yang tidak memenuhi syarat asas tempoh minimum suci. Jadi, ia memerlukan kepada penyempurnaan baki suci. Darah yang keluar pada tempoh ini dihukumkan sebagai darah istihadhah. Menurut kitab nihayah al-Matlab fi Dirayah al-Mazhab karangan Imam al-Haramain al-Juwaini:
Maksudnya: Adapun tempoh suci, minimumnya ialah 15 hari 15 malam. Tidak ada batasan bagi sebanyak-banyaknya, dan kebiasaan suci bersama kebiasaan haid iaitu 23 hari jika haid 7 hari dan 24 hari jika haid 6 hari.
Oleh itu, jika tempoh suci hanya 13 hari, ia memerlukan 2 hari untuk menyempurnakan baki suci dan darah yang keluar selepas itu baru dihukumkan sebagai haid. Begitu juga jika tempoh suci hanya 14 hari memerlukan sehari lagi baki suci.
Sekian. Terima kasih.