BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya berumur 54 thn December ni. Dan sudah tidak didatangi haid sejak 14bulan lepas. Tiba2 harini saya dapat spotting Dan ada darah yg mengalir cair walaupun x berketul tp ada keluar. Adakah saya boleh solat Dan menunaikan Umrah 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

 Berdasarkan keadaan yang dikemukakan, terdapat dua cara yang boleh dilakukan:-

1)  Untuk mendapatkan pengesahan yang tepat, adalah disarankan supaya pemeriksaan lanjut dilakukan di klinik atau hospital bagi menentukan sama ada simptom yang dialami adalah berkaitan menopouse, darah haid atau berpunca daripada masalah kesihatan lain. Setelah itu, apabila doktor telah mengesahkan sekiranya menopouse maka disini kita katakan darah cair yang keluar tersebut adalah darah istihadhah. Oleh itu, wanita istihadhah dihukumkan seperti wanita suci. Maka, wanita istihadah (mustahadhah)  boleh melakukan solat, puasa dan semua ibadah termasuk menunaikan umrah. Berkata  Imam al-Nawawi:

الْمُسْتَحَاضَةَ كَالطَّاهِرِ فِي الصَّلَاةِ وَالصَّوْمِ وَالِاعْتِكَافِ وَالْقِرَاءَةِ وَغَيْرِهَا

Maksudnya: Orang yang sedang istihadhah seperti (mengambil hukum) orang yang suci dalam (hukum) solat, puasa, iktikaf, membaca al-quran dan lain-lain.- al-Majmu’ (2/372).

Oleh yang demikian, berikut merupakan tatacara bersuci bagi wanita mustahadhah mengikut tertib sebelum mendirikan solat:

  1. Membasuh faraj
  2. Wajib menukar balutan tuala wanita (pads) bagi menahan darah keluar dengan menyumbat kapas seperti tampon dalam faraj
  3. Berwuduk setelah masuk waktu (satu wuduk untuk satu solat fardu)
  4. Niat berwuduk
  5. Menyegerakan solat 

 

2) Cara kedua pula ialah dengan melihat tanda-tanda haid seperti yang dinyatakan di bawah yang mana suatu darah itu dihukum haid apabila cukup kadar minimum iaitu keluar darah selama 24 jam. Disamping itu, pengiraan tempoh 24 jam itu terbahagi kepada 2 iaitu:-

a) Darah keluar secara berterusan

b) Darah keluar secara putus-putus

Untuk kefahaman yang lebih jelas, disarankan untuk merujuk link  #35 Taudih al-Hukmi : Panduan Mengira Minimum Haid 24 Jam – Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk keterangan yang lebih jelas.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image