BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... Situasinya begini... Saya datang haid, kemudian terdapat darah yang telah kering pada seluar dalam saya. Saya gosok menggunakan tangan dan sabun tangan sahaja. Dan saya menggunakan terlalu banyak air, namun susah untuk warna darah tersebut hilang dengan sepenuhnya walaupun berkali-kali gosok guna tangan dan sabun mandi. 

Persoalaannya, adakah seluar dalam tersebut dikira najis? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pakaian dalam yang digunakan setelah kering namun masih terdapat kesan darah yang sedikit kerana sukar untuk dihilangkan setelah berusaha menghilangkannya adalah dimaafkan. Namun, sewajarnya pakaian dalam tersebut direndam terlebih dahulu untuk beberapa tempoh bagi memudahkan kesan darah yang kering tertanggal.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image