BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya tentang ibadah solat untuk seorang pesakit ekzema kronik. Saya ada ekzema yang teruk pada seluruh bahagian tubuh badan, terutamanya muka. Adakah sah solat fardhu saya jika tidak mengambil wudhu atau tayammum kerana kulit saya akan mengering dan menjadi gatal yang teruk jika dikenakan air. Dan juga saya inginkan pencerahan tentang Solat Hormat Waktu. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, melihat kepada situasi yang dinyatakan, jika semua anggota wuduk tidak boleh dikenakan air, maka hendaklah bertayamum dan solat. 

Jika tidak boleh bertayamum dan disahkan oleh pegawai perubatan, hendaklah solat tanpa tayamum sebagai menghormati waktu. Solat tersebut perlu diulang setelah sembuh.

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilaksanakan seperti solat biasa, namun tidak dapat memenuhi syarat sah solat disebabkan keuzuran tertentu. Sebagai contoh, dalam situasi tuan yang tidak mampu menggunakan air untuk berwuduk dan juga tidak dapat bertayamum sebagai pengganti, maka solat yang dilaksanakan hendaklah diniatkan sebagai solat menghormati waktu. Solat tersebut wajib diqada semula setelah keuzuran hilang dengan memenuhi syarat-syarat sah solat, iaitu suci daripada hadas melalui wuduk atau tayamum.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image