BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya.

Tadi saya laksanakan solat qada zuhur pukul 4.17 petang sebab tertidur, dan orang bagi tahu masuk waktu asar 4.17 petang. Kemudian, selepas selesai solat, saya cek semula waktu asar, rupanya asar masuk pada 4.21 petang. Apakah status solat zohor saya tadi? Adakah diterima sebagai tunai walaupun saya niat qada, sebab masih dalam waktu? Ataupun saya perlu qada lagi sekali solat zohor tadi sebab statusnya tergantung?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan di atas, niat qada solat pada waktunya atau niat tunai solat luar dari waktunya tidak memberi kesan kepada solat yang dilakukan selagi mana seseorang tidak bermain-main dengan niatnya itu. Justeru, solat yang puan lakukan, iaitu solat zohor pada waktunya dengan niat qada adalah sah dah tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image