BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. SS Dato' Seri Mufti, Falak: Arab kiblat, waktu solat, kelender hijrah dan kaitannya dengan bentuk Bumi Saya merupakan pelajar 'postgraduate in engineering' di univerisiti tempatan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pencerahan yang dikarang di dalam artikel " BAYAN LINNAS SIRI 166: POLEMIK FLAT EARTH: SISI PANDANGAN ISLAM ". Saya telah membaca dan diharap Allah SWT memberi pemahaman kepada saya. Merujuk tajuk di atas berkenaan ilmu falak dalam menentukan arab kiblat, waktu solat dan bulan-bulan di dalam kelender hijrah (Islam). Masalah yang paling ketara adalah arah kiblat dan zon waktu solat yang dikeluarkan Jabatan Falak kerana ia mengunakan asas pemetaan bumi sfera dan teknologi terkini dalam menentukan arah kiblat. Minta penjelasan: 1. Bolehkah saya bersembahyang bersama jemaah yang mengikut arah kiblat yang berlandaskan asas bumi mendatar dan sebaliknya? bolehkah kawan-kawan saya yang berpegang kepada asas bumi mendatar bersembahyang bersama jemaah yang mengikut arah kiblat yang berlandaskan asas bumi sfera? 2. Apakah status ibadah sembahyang kawan-kawan saya apabila mereka menunaikan solat berjemaah mengikut arah kiblat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Falak dan dalam masa yang sama, menolak asas pemetaan bumi sfera dan teknologi terkini yang telah digunakan sebagai kaedah penentuan arah kiblat dan zon waktu solat. Dalam erti kata yang mudah ialah "sifat was-was", mengunakan arah kiblat yang ditetapkan tetapi meragui/menolak kaedah penentuan arah kiblat. Perkara ini berlaku ketika di surau-surau kecil di perumahan flat/pangsapuri di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor dan juga ketika bermusafir di luar negeri. Itu sahaja dari saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, syarat sah solat adalah menghadap kiblat dengan yakin. Arah kiblat hendaklah ditentukan mengikut kaedah dan tatacara yang betul. Arah kiblat sedia ada di masjid dan surau ditentukan berdasarkan hitungan sfera trigonometri dan mengandaikan bumi ini sfera. Bagi mereka yang berpegang bahawa bumi ini datar, pastinya mereka berdasarkan hitungan mereka mempunyai arah kiblat mereka sendiri. Selagi mana kita tidak boleh mengikut arah kiblat mereka, mereka juga tidak boleh mengikut arah kiblat kita. Begitu juga dalam aspek menentukan waktu solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image