Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam
di hospital pekerja pembersihan biasanya mengemop lantai yg kotor mengandungi darah tertitik ke lantai dan najis lain. sahkan kita solat di lantai di hospital, walau kita tidak nampak najis di situ tpi kita tahu itu cara mereka membersihkan lantai kerana pernah melihatnya sebelum ini. apakah cara membersihkan lantai di tempat awam? terima kasih ustaz
Jawapan
Dalam Islam, sesuatu itu dianggap suci selagi tidak ada bukti yang jelas ianya bernajis atau terkena najis. Jika anda hanya ragu-ragu tanpa kepastian, maka kawasan tersebut dianggap suci dan tidak perlu untuk melakukan sucikan. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu itu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu sertu. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan, lantai tersebut telah pun dibersihkan oleh pekerja pembersihan hospital mengikut etika pembersihan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, sah untuk solat di kawasan yang telah dibersihkan tersebut kerana tiada najis pada lantai tersebut.
Sekian, terima kasih.