BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya telah melakukan umrah pada tahun 2018 dan 2023

Umrah 2018, saya mendapati ada keputihan berwarna hitam kering pada seluar dalam , saya bingung dan tidak pasti saya menganggap ia keluar kerana kepenatan banyak berjalan. Sebelum ini di Malaysia tidak pernah berlaku. Dan saya teruskan melakukan ibadah solat seperti biasa.tiba di Malaysia saya didatangi haid

Tahun 2025, saya belajar mengenai darah haid dan menjadi gusar selepas teringat kembali warna hitam yang ada pada seluar dalam pada umrah 2018.

1) Adakah boleh jadi ia darah permulaan haid?2)apakah hukum umrah saya jika saya ada lakukan umrah selepas keluar warna hitam itu?

2i)Apakah dam yang dikenakan?

Sekiranya saya tidak mampu membayar dam kerana tidak bekerja, apakah yang perlu dilakukan?

3)Apakah hukum perkahwinan saya pada tahun 2021?

4)Saya ada mengerjakan umrah juga pada januari 2023 apakah status umrah 2023 saya

5)Apakah taraf status kelahiran anak saya yang lahir pada September 2023?

6)Insyaallah 2026 saya bakal mengerjakan haji, apa yang saya perlu lakukan?

Mohon bantuan penjelasan pihak tuan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, darah yang keluar dihukumkan sebagai darah haid jika memenuhi syarat asas haid iaitu darah keluar berterusan selama 24 jam atau sehari semalam serta keluar secara terputus-putus dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam. Sebaliknya jika darah hanya keluar sekejap sahaja iaitu tidak cukup tempoh 24 jam atau sehari semalam, ia tidak dihukumkan sebagai darah haid. 

  1. Puan hendaklah meyakini ia bukan merupakan darah haid. Jadi, umrah pada tahun 2018 adalah sah.

  2. Tiada dam dikenakan

  3. Sah perkahwinan puan pada tahun 2021.

  4. Umrah tahun 2023 sah

  5. Status kelahiran anak dihukumkan sah taraf melalui perkahwinan tersebut

  6. Persediaan haji sebagaimana dikehendaki dan persediaan rohani dengan memperbanyakkan istighfar dan doa semoga dipermudahkan semua urusan serta dijauhi penyakit was-was. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image