BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum status tanah wakaf kepada individu bagi tujuan keagamaan yang umum mengetahui melalui cerita yang mahshur dikalangan ahli kariah sejak tahun 1880an sehingga ada dokumen/warta oleh kerajaan  statusnya rizab masjid pada tahun 1922. Individu tersebut meninggal dunia tahun 1921. Warisnya dan keturunannya masih ada. Mohon pandangan dari sudut syarak dan perundangan islam.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Wakaf merupakan amalan sedekah yang digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berkemampuan agar kesenangan yangd dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 92:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Diriwayatkan bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat 92 dari surah Ali Imran (rujuk ayat sebelum ini) maka beliau segera untuk mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW:

إِنَّ رَبَّنَا لَيَسْأَلُنَا مِنْ أَمْوَالِنَا فَأُشْهِدُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنِّي جَعَلْتُ أَرْضِي لِلَّهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan). (Riwayat al-Nasaie)

Dalam fiqh, wakaf sah apabila memenuhi rukun:

  • Al-wakif iaitu pihak yang mewakafkan harta sama ada individu ataupun organisasi.
  • Al-mauquf iaitu harta yang diwakafkan sama ada harta alih atau harta tidak alih.
  • Al-mauquf ‘alaih iaitu pihak yang diwakafkan kepadanya harta atau pihak yang menerima manfaat wakaf tersebut.
  • Sighah iaitu lafaz yang digunakan oleh pewakaf bagi mewakafkan harta tersebut.

Sekiranya telah adanya dokumen rasmi melalui warta Kerajaan atau apa-apa sahaja pembuktian, dan rukun-rukun wakaf dipatuhi, maka tanah itu adalah sah sebagai wakaf dan waris tidak mempunyai hak ke atas tanah tersebut. Ini kerana ia telah menjadi harta umat Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 43

message user image