BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang syak/waswas ketika solat.

Sebelum itu, saya menghadapi waswas dlm pelbagai hal seperti bacaan dan najis selama setahun.

Semasa saya makmum solat Subuh berjemaah, saya turun sujud semasa rakaat pertama bersama imam. Kemudian, saya bangun daripada sujud dan mula tahiyat akhir. Saya rasa macam terhilang fokus ketika sujud dan saya berasa agak syak sekiranya saya buat sujud pertama atau belum, situasi ini pernah berlaku beberapa hari yang lalu.

Sebelum saya kena waswas, saya tidak pernah rasa sebegitu. Saya sambung solat sehingga habis bersama imam. Saya keliru bahawa hal ini merupakan syak ataupun waswas, dan saya tidak pasti nak tambah sujud ataupun tidak ketika itu.

Soalan saya adalah :

1) Adakah ini merupakan syak atau waswas?

2) Apakah tindakan yang saya perlu buat jika saya dalam situasi tersebut?

3) Adakah saya perlu ulang solat?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Perlu difahami bahawa ibadah seperti solat yang telah memenuhi rukun-rukunnya dan dilakukan dengan mengikut imam sehingga selesai adalah sah. Adapun keraguan yang timbul selepas selesai sesuatu ibadah, seperti solat, maka ia dikategorikan sebagai waswas dan jangan hiraukan.

2. Perlu fokus semasa melaksanakan solat untuk mengelakkan was was berlaku dan abaikanlah perasaan was was tersebut.  Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA,cucu Rasulullah SAW, beliau berkata:

دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ

Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi)

3. Tiada keperluan mengulang semula solat.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image