BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum membawa kawan lelaki anak perempuan berumur 12 thn (rakan sebaya di sekolah) ke rumah untuk melepak atau aktiviti lain? 

Kakak saya kerap membawa kwn lelaki anak perempuannya ke rumah saya selepas aktiviti di sekolah, dan juga memberi izin kwnnya tumpang mandi di rumah saya. Di rumah saya ada ayah saya, kakak saya dan suaminya serta 2 org nak perempuan yg masing masing umur 16 thn dan 12 thn. Bagi saya tidak sesuai tindakan kakak saya tu walaupun kwn lelaki anaknya umur 12 thn kerana dalam fasa remaja dan menimbulkan ketidakselesaan pada saya juga. Apa pandangan dan nasihat ustaz?

 

 

 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Merujuk persoalan yang diajukan, secara asasnya,di dalam Islam tidak mengharamkan rakan anak untuk masuk ke rumah akan tetapi perlu ada pengawasan orang dewasa terutama rakan anak yang berlainan jantina. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan iaitu:-

1) Tidak boleh berdua-duaan

2) Mesti ada pengawasan yang ketat daripada orang dewasa

3) Tiada interaksi rapat antara rakan berlainan jantina

4) Hendaklah berpakaian sopan ( bertudung bagi yang perempuan)

5) Aktiviti bermanfaat saja 

Namun begitu, perbuatan mandi di rumah rakan berlainan jantina adalah tidak berapa sesuai. Hal ini kerana boleh menimbulkan risiko berlaku perkara tidak elok atau salah faham orang yang melihat. Ianya juga dikira membuka pintu fitnah kepada yang memandang. Dari segi adabnya, memberi izin budak lelaki ajnabi mandi di rumah tanpa keperluan darurat adalah tidak wajar. Oleh yang demikian, disarankan agar saudara duduk berbincang dengan kakak mengenai isu ini. Berbincanglah dengan penuh hikmah tanpa ada perselisihan faham dan terasa hati supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik. Selain itu,sekiranya tiada keperluan untuk membawa pulang budak lelaki tersebut adalah lebih baik dielakkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 37

message user image