BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya jika sekarang saya bekerja dan menetap di negeri Pahang. 

Saya bercadang dan berniat apabila usia persaraan (lebih kurang 9 tahun lagi) untuk pulang ke kampung halaman dan menetap di kampung di negeri Selangor

Adakah boleh saya melakukan solat jamak qasar apabila pulang setelah tiba di kampung halaman di negeri Selangor dengan jarak perjalanan melebihi 200km walaupun belum menetap di sana dan pulang dalam masa 3 hari termasuk hari datang dan balik. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tidak boleh solat jamak dan qasar bagi tempat yang ingin dijadikan sebagai mastautin (menetap). Mazhab Syafi'i menggunakan istilah mastautin sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab Hasyiah I'anah al-Tolibin:

بيان لمعنى المتوطن، يعني أن المتوطن هو الذي لا يسافر صيفا ولا شتاء من محل إقامتها إلا لحاجة

Maksudnya: Mastautin ialah orang yang tidak berpindah daripada tempat itu sama ada pada musim panas atau musim sejuk dan hanya keluar daripada kawasan mukimnya untuk keperluan sahaja.

Justeru, kampung halaman puan di Selangor dikira sebagai tempat mastautin dan puan tidak dibenarkan melaksanakan solat jamak dan qasar di sana walaupun perjalanan tersebut melebihi 200km serta tinggal kurang daripada 3 hari. Oleh itu, puan hanya dibenarkan untuk melakukan solat jamak dan qasar ketika dalam perjalanan pulang dan balik dari Selangor ke Pahang atau sebaliknya. Akhir kata, sekiranya puan ingin melakukan solat jamak dan qasar di Selangor maka sebaiknya puan menukar niat menjadikan halaman kampung di Selangor sebagai bukan sebagai tempat mastautin lagi sehingga sampainya waktu atau tarikh yang puan benar-benar ingin pindah dan menetap di sana.    

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image