Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bagaimana cara saya nak membayar hutang yang telah lama dan tidak ingat jumlahnya. Utk makluman hutang tersebut dibuat masa saya belajar foliar negara. Banyak syarikat yang telah ditutup dan yang masih beroperasi tidak punyai rekod lagi. Saya pun tak mampu nak kenegara tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hutang perlu dilangsaikan jua pada syarikat tersebut. Sekiranya tidak dapat mencari syarikat tersebut, cari wakil/ pihak yang masih terlibat dengan syarikat tersebut. Hutang hendaklah dilangsaikan mengikut kemampuan yang bersesuaian pada masa sekarang. Sekiranya bayaran boleh diurus secara dalam talian atau berhubung melalui emel juga boleh digunakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.