Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Tuan/Puan
Tolong berikan saya pembahagian faraid ni untuk semati yg mempunyai:
1. Isteri
2.ibu
3. Abang seibu
4 Adik lelaki kandung
5 kakak. Kandung
6. Adik perempuan kandung
Hattap dapat penjelasan. Terrma kasih.
Wassalam
Jawapan
Merujuk kepada fakta kes dan persoalan yang dikemukakan, waris yang layak ke atas harta pusaka si mati adalah isteri mewarisi sebanyak 1/4, ibu mewarisi sebanyak 1/6 bahagian, saudara seibu lelaki mewarisi sebanyak 1/6 bahagian, saudara seibu sebapa lelaki dan 2 saudara seibu sebapa perempuan mewarisi secara Asobah Bi al-Ghairi iaitu yang menghabisi dari bahagian waris yang lain. Adapun pembahagian bagi setiap seorang adalah sebagaimana berikut:
| Waris | Asal masalah | Bahagian |
|---|---|---|
| Isteri | 1/4 | 12/48 |
| Ibu | 1/6 | 8/48 |
| Saudara seibu lelaki | 1/6 | 8/48 |
| Saudara seibu sebapa lelaki | Asobah Bi al-Ghairi | 10/48 |
| Saudara seibu sebapa perempuan | Asobah Bi al-Ghairi | 5/48 |
| Saudara seibu sebapa perempuan | Asobah Bi al-Ghairi | 5/48 |
Oleh yang demikian, senarai waris dan pembahagian yang dinyatakan di atas adalah hanyalah berdasarkan kepada fakta yang diberikan oleh pihak puan. Bagi mendapatkan pengiraan dengan lebih tepat, disarankan kepada pihak puan agar mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.