BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, 

Saya adalah peguamcara dari Hidayah & Co.. Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai status satu kes melibatkan wang insurans yang diberikan oleh majikan kepada anakguam kami (isteri kepada pekerja mereka yang telah meninggal dunia). Kami telah menghubungi majikan untuk klarifikasi berkenaan status wang berkenaaan dan kami quote surat dari majikan;

"...We wish to clarify that the final salary due to the late Mohd Safian Bin Sakar Nor was processed, including all applicable benefits up to the last working day. Additionally, the life insurance payout due under the group insurance policy was released to the lawful spouse, after deducting amounts contractually owed to the company, in accordance with standard procedures and the policy terms.

As the owner of the company, I would like to highlight that when we procured the insurance coverage for our employees, the intent was to ensure that in the unfortunate event of an employee’s passing, the spouse would be provided some measure of financial support. We are committed to this principle and have ensured that all entitlements in relation to the late Mohd Safian Bin Sakar Nor have been fulfilled promptly and in good faith..."

Kami difahamkan bahawasanya caruman insurans ini diambil oleh syarikat untuk pekerja meraka dan tiada potongan dibuat dari gaji pekerja.

Kami mohon penjelasan dari tuan adakah wang berkenaan dianggap sebagai harta pusaka atau hadiah kepada isteri. 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, wang insurans yang diberikan oleh syarikat tempat arwah suami anak guam puan bekerja merupakan hadiah kepada pasangan si mati (anak guam puan) dan bukannya kategori harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image