Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM,
SAYA INGIN BERTANYA TENTANG HUKUM MENYIMPAN BARANG PENINGGALAN ARWAH (SAHABAT/KENALAN) BAGI INDIVIDU BUKAN MAHRAM. ADAKAH IA DIBERNARKAN SEKIRANYA WARIS SUDAH MENGIZINKAN? DAN ADAKAH BENAR DAKWAAN GANGGUAN QARIN JIKA BARANG ITU DISIMPAN?
MOHON PENCERAHAN. TERIMA KASIH
Jawapan
Sekiranya ia telah dibenarkan oleh waris, maka hukum menyimpan barang tersebut tidak menyalahi syarak malah ia hanya sekadar simpanan sebagai kenang-kenangan, amanah dari arwah dan ia mungkin boleh digunakan untuk kebaikan pada masa hadapan. Sekiranya barang tersebut membawa kepada mudharat yang nyata, elok ia disedekahkan atau dibuang. Adapun mempercayai terdapatnya qarin yang akan mengikuti atau bersama dengan barangan si mati ia merupakan kepercayaan khurafat yang boleh merosakkan akidah dan wajib dihindari dan tiada nas sahih yang boleh membenarkan dakwaan gangguan qarin tersebut.
Sekian, terima kasih