Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum. Saya ada soalan tentang puasa. Semasa sahur, saya habiskan air kosong beberapa saat sebelum masuk waktu subuh. Saya sudah yakin menelan semua air kosong sebelum azan subuh. Tapi selepas beberapa saat masuk waktu subuh tu mulut saya terasa saki baki air bercampur dengan air liur. Saya menganggap tidak mengapa kalau menelannya sebab saya yakin sudah telan semua tadi. Saya fikir tak perlu meludahnya, dalam erti kata lain saya tak ada kesusahan pun untuk meludah tapi saya memilih untuk telan sebab anggap boleh. Adakah sepatutnya saya perlu ludah saki baki air tersebut. Sah ke puasa saya?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ambillah pengamatan kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti).
Disebabkan keyakinan tersebut sudah cukup menyokong tindakan puan dan puasa adalah sah. Abaikanlah perasaan ragu atau was was yang hadir setelah itu. Disarankan juga sebaiknya imsak (berhenti makan atau minum) beberapa minit lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.
Sekian, terima kasih.