Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...saya ingin bertanya...telah terjadi 1 pergaduhan antara saya Dan suami...suami Sy panas baran org Nye ..apabila bergaduh...saya nak keluar rumah ..die ucapkan...perkataan 'jika keluar rumah jatuh talak 'dalam keadaan marah...adakah jatuh talak...jika Sy kluar utk urusan anak sekolah....
Jawapan
Menjawab persoalan puan, berkenaan lafaz suami iaitu : 'jika keluar rumah jatuh talak, ia boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara taklik yang bersifat umum. Maksudnya asal sahaja puan keluar rumah selepas suami berkata sedemikian maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Adapun, jika puan tidak keluar rumah, maka talak tidak jatuh.
Walaubagaimanapun, puan boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya berkenaan perkara ini.
Sekian, terima kasih