Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jamak dan Qasar
Saya seoarang yang bujang tinggal dirumah sendiri & rumah ibubapa saya. Kadang - kadang selang sehari tido antara rumah sendiri & rumah ibubapa, kadang - kadang selang dua hari rumah sendiri & rumah ibubapa, kadang - kadang terus seminggu rumah sendiri / rumah ibubapa. Boleh dikatakan tidak menentu & tidak berjadual saya bermalam di rumah saya atau rumah ibubapa.
Jarak antara rumah sendiri & rumah ibubapa mengikut radius 15KM , Jika mengikut jarak perjalanan mengunankan jalan raya 22km.
1. Jika keadaan serperti ini adakah rumah sendiri atau rumah ibubapa yang boleh dinyatakan sebagai tempat saya bermastautin ?
2. Jika saya melakukan karak perjalanan lebih dua marhalah atau lebih dikira dari rumah sendiri atau rumah ibubapa ?
3. Jika saya memulakan perjalanan dari rumah sendiri & mekalukan perjalanan lebih dari dua marhalah dan ketika pulang saya berhenti di rumah ibubapa. Bolehkah saya melakukan Jamak & Qasar dirumah ibubapa ?
4. Jika saya memulakan perjalanan dari rumah ibubapa & mekalukan perjalanan lebih dari dua marhalah dan ketika pulang saya berhenti di rumah sendiri. Bolehkah saya melakukan Jamak & Qasar dirumah sendiri ?
Saya berharap pihak mufti boleh menjawab soalan soalan saya.
Terima Kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Secara asasnya, mastautin merujuk kepada seseorang yang menetap di sesuatu tempat sebagai tempat tinggal tetap, dengan niat untuk menetap di situ dan tidak berpindah ke tempat lain kecuali apabila ada keperluan tertentu.
Berdasarkan situasi yang dikemukakan, puan telah memiliki kediaman sendiri dan tinggal di situ secara berulang serta berterusan walaupun kadangkala bermalam di rumah ibu bapa tanpa jadual yang tetap. Oleh itu, puan dikira bermastautin di kediaman sendiri, manakala rumah ibu bapa tidak lagi dianggap sebagai tempat mastautin sebaliknya hanyalah tempat singgah atau ziarah.
Justeru, sebarang perjalanan yang dikira sebagai permusafiran hendaklah diambil kira bermula dari kediaman sendiri dan puan dibenarkan mendapat rukhsah untuk mengerjakan solat secara jamak dan qasar sekiranya jarak perjalanan ke destinasi yang dituju mencapai atau melebihi dua marhalah.
Bagi perjalanan pulang pula, rukhsah solat jamak dan qasar hendaklah ditunaikan sebelum puan memasuki kawasan tempat bermastautin iaitu kediaman sendiri. Hal ini bermaksud, sekiranya puan singgah atau bermalam di rumah ibu bapa ketika pulang daripada perjalanan jauh, puan masih dibenarkan mengerjakan solat jamak dan qasar di rumah ibu bapa, kerana rumah tersebut tidak dikira sebagai tempat mastautin puan.
Sekian, terima kasih.