Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbT
saya ingin bertanya
baru2 ni saya ada bersembang dengan kawan kawan lepastu saya berseloroh saja mengatakan "saya mana ada bini"..Tetapi maksud dan niat saya di hati ingin mengatakan bahawa saya tiada bini di sisi saya oleh kerana saya berhubungan jarak jauh bersama isteri saya..isteri saya bekerja di seremban dan saya bekerja di pulau pinang..Soalan saya apakah status lafaz saya?Terima kasih
Jawapan
Lafaz talak terbahagi kepada dua, sarih (jelas) dan kinayah (kiasan). Lafaz yang diucapkan oleh tuan adalah antara bentuk lafaz kiasan yang perlu kepada niat talak untuk memastikan terjatuhnya talak. Justeru, dalam konteks ini lafaz yang diucapkan tidak menyebabkan jatuhnya talak.
Sekian, terima kasih.