BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya tentang talak. Kejadian berlaku didalam bilik hanya saya dan isteri. Semasa saya bertanyakan tentang apa masalah isteri, dia hanya menjawab tiada apa-apa masalah sedangkan saya tahu dia mempunyai masalah. Kali ke 3 saya tanya dengan berkata "ini last aku tanya kalau kau jawab tidak tapi sebenarnya kau tipu aku malam ini jatuh talak". Isteri terus ingin keluar dengan menyangkakan yang talak sudah jatuh. Lalu saya tahan dan terangkan maksud saya tadi. Selepas itu isteri mendiamkan diri lama, baru lah dia cakap yang dia ada masalah dan ingin memberitahu saya. Soalan saya, adakah talak yang saya lafazkan itu telah jatuh kerana sehingga sekarang isteri masih lagi was-was dan kami masih lagi duduk berasingan. terima kasih..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam hal ini suami hendaklah berhati-hati berkenaan perihal perceraian dalam perkahwinan, kerana ia adalah perkara yang paling Allah SWT benci walaupun hukumnya adalah halal. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أبغض الحلال إلى الله الطلاق Maksudnya : “Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah talak” (Riwayat Ibnu Majah) Berkaitan situasi lafaz talak tersebut, hukumnya tidak jatuh talak ke atas isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 187

message user image