BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya seorang graphic designer di dalam syarikat yang menjual product. Saya ingin tahu, syarikat menyuruh saya design dengan memasukkan gambar orang perempuan yang tidak menutup aurat untuk mempromosikan produk. Juga termasuk hari perayaan agama lain seperti budha, mereka memberikan saya kerja untuk design hari perayaan budha dengan meletakkan patung di dalam poster. Saya cuba sedaya upaya untuk mengelak tapi tidak dapat berbuat demikian. Apakah hukumnya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, menjalankan tugas design tersebut adalah diharuskan dengan syarat tidak meredhai maksiat atau kepercayaan tersebut dan sekadar berniat menjalankan tugas dan kerja yang diberikan. Ini kerana tujuan design itu hanyalah semata untuk pengiklanan sesuatu produk komersial biasa. Sekiranya tujuan design tersebut sememangnya untuk mempromosikan anutan agama lain atau mempromosikan pusat maksiat maka kerja design tersebut adalah haram. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 49

message user image