BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy telah berkahwin dgn seorg suami org di Thailand. Jurunikah sy merupakan org Thai tapi kami bernikah di rumah seseorg di Rantau Panjang Kelantan.

Kami tidak mendaftar perkahwinan di konsulat Malaysia dan tidak juga berdaftar di Malaysia.

Soalan sy, adakah perkahwinan sy ini sah Dr segi hukum syarak kerana jurunikah tidak dapat dipastikan kesahihannya dan dia menikahkan kami diluar mukim.

 

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, asasnya sesuatu pernikahan itu diiktiraf oleh syarak bila ia sempurna rukun-rukun dan sempurna syarat-syaratnya. Dalam situasi di atas didapati ada dua masalah utama iaitu berkaitan wali atau jurunikah dan lokasi pernikahan.

Dalam hal ini, hendaklah dipastikan siapakah wali kepada pernikahan ini. Adakah wali nasab (keturunan) atau wali hakim (wali yang dilantik oleh ulil amri atau pemerintah). Kalau wali itu adalah wali nasab yang sah maka pernikahan itu boleh menjadi sah pada syarak, walaupun bercanggah dengan undang-undang sedia ada, tetapi sekiranya menggunakan wali hakim, maka wali hakim itu hendaklah yang bertauliah dari Majlis Agama Islam Thailand dan dia hanya boleh menikahkan pasangan di dalam kariah atau mukimnya sahaja serta mendapat Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat (contoh). Kalau jurunikah itu menikahkan pasangan di luar kariah atau mukimnya dan tiada Surat Pengesahan Nikah dari Majlis tersebut maka pernikahan itu tidak sah pada syarak.

Memandangkan, fakta pernikahan yang agak meragukan dan boleh menyebabkan pernikahan itu tidak sah pada syarak. Maka, puan hendaklah membuat pengesahan pernikahan di  Mahkamah Syariah yang berhampiran yang berbidangkuasa bagi menentukan secara rasmi status pernikahan puan samada sah pada syarak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 52

message user image