BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti.

Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan sertu.

Ketika pulang ke kampung, selipar ayah saya digigit anjing kemudian dia sertu. Ayah saya telah rendam selipar yang digigit anjing tersebut kedalam baldi berisi air tanah, kemudian dibilas dengan 6 kali basuhan air paip. Namun begitu, setiap 6 kali air basuhan air mutlak tersebut, ayah menjirus lebihan air tanah tersebut yang bermaksud 1 kali bilas air mutlak, 1 air tanah dan begitulah seterusnya sehingga cukup 6 kali basuhan.

Persoalan saya adalah adakah sertu tersebut sah kerana selipar tersebut direndam ke dalam air berisi tanah dan adakah jirusan tanah yang dibuat selang seli antara 6 kali basuhan air paip menajiskan semula selipar tersebut? Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sertu tersebut adalah tidak sah. Tatacara yang memenuhi syarat sah sertu adalah sama ada dengan kaedah mengelap, menjirus atau menyiram air tanah sebanyak satu kali disusuli dengan 6 basuhan air mutlak dan bukannya dengan kaedah merendam.

Ini kerana, perbuatan merendam selipar pada awalnya telah membuatkan air di dalam baldi boleh menjadi musta’mal atau mutanajjis yang mana keduanya tidak bersifat menyucikan. Disarankan sertu semula selipar tersebut dengan cara yang betul dan tidak perlu berselang-selikan air tanah dengan air mutlak. Cukup satu kali lap atau satu kali jirusan atau satu kali siraman air tanah disusuli dengan 6 kali air paip/mutlak.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image