BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam

sekiranya sy berkata "ak nak cerai lah" dalam keadaan marah kepada isteri...adakah sudah jatuh talak...minta bantuan..sy dalm keadaan tertekan, stress dan dlm keadaan marah..


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: "Aku nak cerailah" merupakan kenyataan hasrat atau keinginan suami yang ingin bercerai dengan isterinya. Ia bukanlah lafaz seorang suami yang menceraikan isterinya: "Aku ceraikan engkau". Oleh itu, penceraian tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image