BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya baru berkahwin isteri saya datang haid pada 2/12/25 kami nikah pada 12/12/25 dan pada tarikh tu dia dah suci sebab kebiasaan dia haid dalam 7/8 hari..kami bersama dan berdarah kerana baru pertama kali tapi smpai 15/12/25 masih ada kesan tompok darah pada seluar dalam dia adakah itu dikira haid sbb masih belum 15 hari atau ia akibat koyakan selaput dara dari malam pertama pagi bangun tidur ada tompokan sudah bersihkan petang masih ada tompokan mohon penjelasan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, perlu difahami maksud darah haid, dalam kitab al-Mughni al-Muhtaj, haid didefinisikan sebagai:

دَمُ ‌جِبِلَّةٍ ‌أَيْ ‌تَقْتَضِيهِ ‌الطِّبَاعُ ‌السَّلِيمَةُ ‌يَخْرُجُ ‌مِنْ ‌أَقْصَى ‌رَحِمِ ‌الْمَرْأَةِ ‌بَعْدَ ‌بُلُوغِهَا ‌عَلَى ‌سَبِيلِ ‌الصِّحَّة مِنْ غَيْرِ سَبَبٍ فِي أَوْقَاتٍ مَعْلُومَ

Maksudnya: Darah semula jadi (normal) yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.

Secara asasnya, darah yang keluar daripada rahim wanita pada waktu kemungkinan haid dihukumkan sebagai haid. Jika darah berhenti sekejap dan keluar semula dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam, maka ia dihukumkan sebagai darah haid. 

Namun begitu, merujuk kepada penjelasan tuan ia berkemungkinan adalah darah akibat koyakan selaput dara. Bagi menentukan darah yang keluar tersebut sama ada darah haid atau darah luka, ia boleh ditentukan dengan sifat darah tersebut. Jika darah haid, ia boleh dikenalpasti dengan melihat kepada tiga unsur iaitu warna darah, sifat darah yang pekat dan bau darah kurang menyenangkan. Pada kebiasaannya, kesan darah selaput dara akan keluar sekali sahaja selepas bersama. Sekiranya kesan darah itu keluar sedikit sedikit berterusan walaupun tidak bersama, besar kemungkinan ia adalah darah haid.

Bagi meyakinkan lagi, tuan juga boleh merujuk doktor perubatan untuk menentukan darah tersebut. Jika darah yang keluar dari rahim, ia adalah darah haid, namun ia menjadi sebaliknya jika ia dari luka akibat koyakan selaput dara. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image